Code: FD-2
(Minuman Berfungsi) - 250ml
Harga: RM 58.50
INFO
Adalah minuman berfungsi mewah untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan hidup alam rumah tangga. Dikomposisikan dengan bahan-bahan semulajadi mewah yang telah lama dibuktikan keberkesanannya dalam kaedah rawatan di alam Melayu.
• madu asli
• sireh
• akar serapat
• kacip fatimah
• kurma
• manjakani
• serai
• jarum mas
• asam jawa
• herba-herba terpilih
KEISTIMEWAANYA
• Membantu masalah keputihan yang sering dihadapi oleh wanita remaja dan dewasa.
• Membantu mengatasi masalah senggugut.
• Membina rahim.
• Mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
• Menyegarkan & menyempitkan otot faraj.
• Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin.
• Menambah kolegen dalam badan.
• Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
• Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
• Melegakan panas badan.
• Menyegar, menegang dan mengindahkan payudara.
• Membekalkan tenaga segera.
• Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan. Oleh itu ia sangat baik dan seolah-olah ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin...
Mekanisme Bidadari
BINA DARI DALAM DIRI wanita untuk faedah wanita (isteri) dan suami. Bidadari yang kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri)
Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.
Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.
Akar Serapat
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan.
Kacip Fatimah
Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj. Kurma Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.
Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.
Serai
Kandungan `Citral? di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.
Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.
Asam Jawa
Kandungan `Flavonoid? di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.
Cara Pengambilan Bidadari
Kepada pengguna baru, sebelum ambil jus Bidadari, disarankan mengambil produk asas 5P terlebih dulu atau sekurang-kurangnya Inte~Cleanse.
• Ambil jus Bidadari 2 kali sehari, 2 tbs (plastic) pagi dan 2 tbs malam selama sebulan –anggaran 2 botol
• Selepas sebulan, minum jus Bidadari dengan sukatan yang sama sebanyak 3 kali seminggu untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh Bidadari sepanjang bulan pertama pengambilannya.
• Untuk kesan optima, jangan minum apa-apa air satu jam selepas pengambilan jus Bidadari.
• Simpan pada suhu bilik kerana jika di simpan didalam peti ais jus Bidadari akan menjadi terlalu pekat.
Peringatan
• Wanita haid, ibu mengandung dan yang baru melahirkan JANGAN minum bidadari. Pada peringkat ini, rahim sedang mengembang sedangkan Bidadari bertindak mengecutkan rahim, jadi tidak sesuai diambil ketika ini di khuatiri berlaku pendarahan atau keguguran.
• Masa yang sesuai mengambil Bidadari ialah selepas hari ke tujuh haid atau hari kepuluh selepas melahirkan. Pada waktu ini Bidadari bertindak mengecutkan rahim lantas mengeluarkan keseluruhan saki baki darah haid/nifas yang tertinggal.
• Lelaki tidak boleh mengambil Bidadari
APAKAH KESAN TINDAKBALAS PEMULIHAN YANG AKAN DIALAMI OLEH PENGGUNA BIDADARI?
Kesan tindakbalas pemulihan (Healing Crisis) kemungkinan dialami oleh pengguna produk DCL;
seperti mengantuk, sedikit keletihan, pening-pening, sedikit menggigil dan sedikit rasa sakit-sakit di tempat tertentu (selalunya di organ yang pernah bermasalah dan sedang mengalami masalah), kepada sebilangan orang yang berdarah kotor (tidak lawas buang air besar), kemungkinan jerawat terjadi selepas beberapa hari. Jika berlaku keadaan seperti di atas, diharapkan jangan panik.
Ini bukan kesan sampingan. Ia adalah kesan tindakbalas positif bagi tempoh sementara waktu sahaja. Teruskan memakan dan minum air secukupnya. Disyorkan supaya mengambil produk asas 5P untuk dapat kesan yang optima.